Home Muktamar PAS Ke 65 Isu video dijangka hangat sidang parlimen

Isu video dijangka hangat sidang parlimen

4
SHARE

Oleh : MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KUANTAN: PAS menjangkakan persidangan Dewan Rakyat Julai ini lebih hangat ekoran kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini diselubungi pelbagai isu termasuk penantian polemik bakal Perdana Menteri kelapan.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, isu video berkenaan yang didakwa melibatkan seorang pemimpin tertinggi PH dijangka menggegarkan lagi kerajaan di Dewan Rakyat.

“Sidang parlimen kali ini dijangka lebih menggegarkan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh ketika ditemui pemberita di Muktamar Tahunan PAS ke-65 di Stadium Tertutup Sukpa, di sini petang tadi.

Isu video yang membabitkan pemimpin PKR memanaskan lagi dua kem dalam PKR yang bertembung ketika pemilihan pada Kongres Nasional parti itu tahun lepas.

Baru-baru ini seorang pemimpin muda parti itu dari Sabah didakwa mengaku terbabit dalam video yang meloyakan tersebut.

 

Dr Nik Zawawi juga berkata, PAS, Umno dan beberapa parti lain mempunyai cara sendiri untuk menghadapi situasi berkenaan yang akan dibincang pada pra mesyuarat bersama wakil rakyat pembangkang. – HARAKAHDAILY 21/6/2019