Home Muktamar PAS Ke 65 Itu tanda ketenangan dalam PAS – Presiden

Itu tanda ketenangan dalam PAS – Presiden

60
SHARE

Oleh:  SYAHIRAH SALLEH

KUANTAN: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika disoal mengenai suasana Muktamar Pemilihan PAS yang dilihat agak janggal atas dasar banyak jawatan-jawatan tertinggi parti tersebut dimenangi tanpa bertanding oleh calon, beliau membalas bahawa suasanan tersebut menggambarkan ketenangan didalam parti PAS.

“Itu menandakan ketenangan dalam PAS, tidak bergolak. Dan tidak ada aktiviti berjiwa dalam PAS,” ujarnya ketia ditemui media dalam sidang media Muktamar Tahunan PAS kali ke-65 yang berlansung di Stadium Tertutup Sukan Pahang (Sukpa), disini, hari ini.

Jawatan Presiden PAS, Timbalan Presiden, Ketua Pemuda, Timbalan Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda, Ketua Muslimat, Timbalan Ketua Muslimat serta Naib Ketua Muslimat dimenangi calon tanpa bertanding.

Sementara itu, mengulas mengenai jangkaan bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 yang dikatakan dijangka berlaku lebih awal, Ahli Parlimen Marang itu berkata bahawa ura-ura tersebut hanyalah jangkaan semata-mata.

“Kalau yang datang, itu ilmu Allah, saya tak tahu. Ia cuma ramalan, ramalan boleh buat, ramalan kemungkinan berlaku lebih awal, yang tepatnya kita tidak tahu. Kena tanya perdana menteri, soalan ini lebih baik dituju kepada perdana menteri,” ujarnya.

Beliau yang juga diminta mengulas mengenai partisipasi MCA bersama PAS berkata bahawa pihaknya sudah pun membuka ruang kepada MCA untuk meneruskan kerjasama tersebut dengan langkah awal di Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong, dan kini ianya terpulang kepada MCA sama ada mahu meneruskan kerjasama tersebut. – HARAKAHDAILY21/6/2019