Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Ulamak Jadikan Ikhlas Sebagai Teras Kejayaan  Kerjasama PAS UMNO

Jadikan Ikhlas Sebagai Teras Kejayaan  Kerjasama PAS UMNO

109
SHARE

Oleh: Nik Nasri Nik Malek

Indera Mahkota, 20 Jun-‘Ikhlas adalah rahsia kita dengan Allah. Kita datang Muktamar, tetapi hanya Allah yang tahu tentang ikhlas kita. Saya harap kedua-dua pihak Umno dan PAS ikhlas (kalau mahu bekerjasama).’ ujar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hashim Jasin dalam perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ke 58 pagi ini.

‘Senarai kerjasama politik PAS yang terbuka dengan parti-parti lain sepanjang zaman ialah supaya dunia tahu bahawa PAS adalah parti paling senior, paling lama serta paling berpengalaman. PAS sepatutnya mengambil peluang untuk pimpin kerjasama, bukan menjadi pengikut.’ terang beliau.

Beliau juga mengingatkan bahawa kerjasama politik yang berasaskan Melayu dan keadilan sosial sahaja tidak ke mana. Islam mesti dijadikan sebagai teras kerjasama politik ini.

‘Keyakinan kepada Islam tidak hanya dalam aqidah dan ibadat tetapi mesti seluruh hidup. Islam mesti dijadikan pimpinan, bukan dipimpin. Islam terpinggir, ia menjadi pengikut, termasuk dalam politik kerana terlalu menurut strategi dalam Pakatan Rakyat (sebelum ini) hingga membawa kesan buruk dan wala’ kepada ahli politik buruk. PAS ada pengalaman panjang dalam kerjasama politik. Sekarang ta’awun siasi dengan Umno. Dulu musuh politik kita, sedangkan kita sudah membuat tahaluf sebelum ini dengan parti lain.’ lanjut beliau.

‘3 tahun lepas, diadakan Liqa Fikri di Pulau Pangkor,  Perak. Presiden PAS sebut kita perlu melemahkan Umno supaya orang Umno insaf. Dia tidak kata supaya PAS naik. Maksudnya supaya Umno sedar. Hasrat ini berlaku kemudiannya. Umno kalah. Perkembangan yang berlaku selepas itu seperti kita tidak percaya. Dulu musuh politik. Sekarang duduk satu pentas.’ dedah beliau lagi.

“Pengakuan pimpinan Umno bahawa kita kena belajar dari PAS. Pimpinan dan ahli PAS juga semakin boleh menerima Umno. Dulu PAS kata Umno musuh. Umno kata PAS musuh. Di celah-celah itu sebenarnya timbul musuh yang sebenar.’ terangnya lagi.