Home Muktamar61 Artikel Jadikan Pemilihan Medan Muhasabah dan Menjaga Akhlak

Jadikan Pemilihan Medan Muhasabah dan Menjaga Akhlak

197
SHARE

KUALA SELANGOR, 6 Jun – Menyentuh mengenai tahaluf siyasi, Tuan Guru Presiden menjelaskan ia memerlukan kepada ruang dialog dan perdamaian sekiranya diminta. Berkenaan isu pemilihan, PAS tidak pernah minta dikempenkan tetapi media yang main peranan hingga menyebabkan perwakilan menjadi mangsa dalam isu media.

Akidah merupakan teras dalam perjuangan PAS, tetapi masih ada segelintir yang mempersoal dan mempertikai isu akidah. Beliau menyeru semua pimpinan dan ahli perlu beriman dengan keimanan yang benar.

Dalam pemerintahan, PAS mengambil pendekatan ‘tadaruj (peringkat demi peringkat). Manakala isu hudud pula telah dimainkan sehingga memecahbelahkan kesatuan kita. Isu kafir mengkafir yang pernah berlaku dahulu tutur memberi impak sehinggakan beberapa pimpinan PAS ditahan ISA.

Menyoroti sejarah, Tuan Guru memberikan contoh pada tahun 90-an, PAS dicabar dan dipersoalkan dimana undang-undang syariah, maka pada tahun 1993 Kelantan telah menubuhkan undang-undang kanun jenayah (Hudud). Tegas beliau, PASperlu tunjukkan sebuah kerajaan yang bersih di Kelantan.

Menyentuh mengenai pemilihan pula, beliau menyeru supaya ahli bermuhasabah dan menganggap pemilihan ini sebagai untuk pembersihan hati sambil memberi contoh kisah semasa zaman Nabi Yunus. Sejarah PAS, ujian telah berlaku sejak tahun 50-an lagi dan walaupun sberbeza pendapat, hendaklah ahli mengutamakan akhlak.

Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau menyeru ahli mengambil ibrah dari sirah nabi, kita ambil pertolongn islam buakn ambil kesempatan atau mempergunakan tetapi memnunjukan rahmat yang berlaku didalam Islam. Akhir sekali tuan guru memperingatkan perlunya bersikap pemaaf kepada pendosa.

Ucapan beliau diakhiri dengan bacaan doa.