Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Jadilah ‘Puzzle’ Yang Saling Melengkapi

Jadilah ‘Puzzle’ Yang Saling Melengkapi

59
SHARE

Jadilah ‘Puzzle’ Yang Saling Melengkapi

Oleh: simpleshida

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – “Hendaklah kamu berada dalam jamaah kerana sesungguhnya berjemaah itu rahmat sedang perpecahan itu adalah azab,” hadis Rasulullah S.A.W.

“Adalah menjadi tekad kita di atas berkat istiqamah semua anggota dan kerjasama yang baik serta memperoleh keahlian muslimat yang semakin bertambah terutama daripada kalangan muslimat muda, kita akan dapat meraih kecemerlangan. Para anggota yang memiliki kepakaran dan kemahiran dalam pelbagai disiplin ilmu, dan juga para kepimpinan yang terlatih dan berstrategik bersiap – siaga menabur bakti daripada pelbagai peringkat umur yang rencam,” tegas Ustazah Nuridah Mohd Salleh dalam ucaptama di Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM).

Setiap usaha ke arah perubahan memerlukan penggerak. Penggerak ini perlu terlebih dahulu disediakan untuk memikul tugas kepimpinan da’wah dan risalah. Peranan ini hendaklah dilaksanakan oleh jamaah agar persediaan yang sepatutnya telah dilakukan sebelum ianya terus terjun ke kancah perjuangan yang lebih luas.

Hal demikian, posisikan tahap kepakaran di bidang ilmunya, sentiasa meningkatkan pelbagai skil dan menambah cabang ilmu agar diri seorang jemaah dilihat memiliki profesionalisme dan membawa manfaat kepada agama serta ummah dan seterusnya membawa nama Islam di arena antarabangsa, insyaallah!

Jadikan umat Islam umat yang hebat!

‎شُبَّانُ الْيَوْمِ رِجَالُ الْغَدِ

Pemuda hari ini, adalah pemimpin masa depan.