Home Muktamar PAS Ke 65 Jangan jadi seperti Timor Timur

Jangan jadi seperti Timor Timur

42
SHARE

Oleh: SYAHIRAH SALLEH

KUANTAN: Menyedari dengan haluan sendiri tidak membawa apa-apa kelebihan kepada PAS, Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak Rakyat Sabah dan Sarawak memelihara perpaduan yang
sedia terjalin sert menolak sebarang pendekatan ekstrem yang boleh memecahkan kesatuan yang sudah terjalin.

Katanya, PAS turut beriltizam untuk meningkatkan taraf hidup pribumi
Sabah dan Sarawak dan menyeru semua pihak agar sama-sama memperkukuhkan komitmen terhadap Perjanjian Malaysia 1963 dengan
memperbaiki segala kelemahan sepanjang pelaksanaannya .

“Kepada rakyat berbagai kaum dan etnik di Sabah dan Sarawak, marilah kita memelihara perpaduan yang sedia terjalin dan menolak sebarang
pendekatan ekstrem yang boleh memecahkan penyatuan ini,”

“Kita perlu menolak sebarang usaha untuk memisahkan penyatuan ini dan mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di Selatan Sudan dan Timor-Timur yang lebih malang nasibnya selepas berpisah,” ujarnya dalam ucapan dasar beliau bersempena Muktamar Tahunan PAS yang ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) di Bandar Indera Mahkota, disini, pagi tadi.

Jelasnya, PAS Sabah dan Sarawak berperanan  memimpin perpaduan di tengah kemajmukan kaum dan etnik  mewakili suara umat Islam  melalui pendekatan dialog dengan hikmah dan aktiviti kebajikan supaya dapat membuka lembaran baru kerjasama politik yang mencerminkan wajah Malaysia yang harmoni.