Home Muktamar61 Artikel Jangan kejut dan hampiri fitnah yang sedang tidur

Jangan kejut dan hampiri fitnah yang sedang tidur

135
SHARE

KUALA SELANGOR, 6 Jun – Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man membuat ucapan penangguhan dengan menyatakan bahawa PAS merupakan parti besar tempat berpaut rakyat.

Tegasnya, ketika gelombang besar berlaku, hendaklah duduk di posisi masing-masing dan jangan ada yang duduk di tepian.

Beliau menegaskan apabila lajnah penerangan dipisahkan dgn dakwah, dalaman parti perlu diperkuatkan terlebih dahulu sebelum memperkuatkan Pakatan Rakyat. Tegasnya, jangan sesekali mengejutkan fitnah yg sedang tidur dan jangan menghampiri fitnah ketika ia sedang marak.

Menurutnya, DHPP mesti dibantu dan diletakkan di bawah timbalan pesuruhjaya. Lantaran itu, rakyat akan berkeyakinan dengan PAS.
PAS Bertegas dlm prinsip dan anjal dlm perlaksanaan.

Di akhir ucapan, beliau menasihatkan supaya kita mendekatkan diri dengan Allah dan yakin dengan agama Islam. Tambahnya lagi, mengadulah kepada Allah di malam hari dan jadikan gerakan kita tersusun nescaya Allah akan membantu kita.