Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Jangan Rakus Rosakkan Alam Sekitar

Jangan Rakus Rosakkan Alam Sekitar

183
SHARE

Jangan Rakus Rosakkan Alam Sekitar

Oleh : Amirah Abdullah

KUANTAN, 15 Jun – Norliah Omar, Perwakilan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah berpesan dalam ucapan penggulungan Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia supaya setiap lapisan masyarakat Malaysia cakna tentang penjagaan sumber asli dan alam sekitar.

Pesan beliau, “Saya menyeru kerajaan supaya mengawal selia aktiviti penerokaan sumber asli dan diingatkan kepada syarikat terbabit jangan rakus merosakkan alam sekitar demi keuntungan semata.”

Ulas beliau, Malaysia kaya dengan sumber asli alam sekitar seperti kayu balak, gas asli dan emas.

Sayangnya, sumber asli ini telah pun dimanipulasi dan dieksploitasi dengan alasan masalah ekonomi yang semakin menghimpit sehingga menyebabkan berlakunya kerosakan alam sekitar.

“Pada 7 Jun 2019 satu lombong emas telah ditemui di Tawau. Sebenarnya perlombongan tersebut telah pun beroperasi sejak setahun lebih dengan perolehan keuntungan sebanyak RM40 juta,” tambah perwakilan DMPN Sabah dalam ucapannya.

Beliau menyebut bahawa Sabah kerap berlaku gegaran sejak tahun 2014 akibat ketidakstabilan alam sekitar.

Seterusnya, beliau mengingatkan semua pihak supaya bertanggungjawab menjaga kelestarian alam sekitar sebaik mungkin dengan mencadangkan beberapa langkah untuk dilaksanakan.

Cadangan pertama beliau adalah agar semua lapisan masyarakat menjaga kebersihan alam sekitar bermula dengan diri sendiri secara individu, keluarga, masyarakat sekeliling dan premis masing-masing.

Beliau turut mencadangkan agar DMPM mewujudkan lajnah berkaitan kelestarian alam dan bina kerjasama dengan NGO pencinta alam sekitar dengan menganjurkan kempen jaga alam sekitar secara menyeluruh.