Home Muktamar62 Artikel Jangan Undang Kuasa Lain Selain Polemik

Jangan Undang Kuasa Lain Selain Polemik

139
SHARE

KOTA BHARU: Polemik dalam negara mesti diurus dengan memperkasakan kekuatan sendiri dan bukannya mengundang kuasa luar untuk menyelesaikannya.

Teguran itu ditegaskan Timbalan Presiden PAS, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berucap pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke 57 di sini, hari ini.

Ujarnya, pihak lain tidak akan memahami masalah yang berlaku dan penyelesaian yang sepatutnya sebagaimana iktibar dari masalah melanda dunia hari ini.

Jelas beliau, dunia Islam hari ini terutamanya Gerakan Islam perlu bersama dan berbincang terhadap cabaran serius ini.

Menurut beliau, kuasa besar dunia menggunakan perang proksi dengan menjadi serta membesarkan isu furuk untuk menimbukkan pertelagahan di kalangan umat Islam.

Terang beliau, ketika mereka melihat terdapat isu yang boleh menekan Syiah, mereka menggunakan Sunni untuk bertembung dengan Syiah.

Begitu juga ketika mendapati ruang menimbulkan kekacauan di kalangan Sunni, mereka menjadikan Syiah sebagai punca kepada perkara itu.

Akhirnya kuasa besar ini dedahnya, bertukar-tukar menyokong pihak tertentu untuk memusnahkan sebahagian yang lain.

Beliau mengimbas pengajaran sebagaimana berlaku ke atas negara Iraq yang mulanya menyambut kedatangan Amerika Syarikat dengan bunga tetapi kemudian negara itu dihancur musnahkan.

“Kerana itulah, Islam adalah penyelesaian kepada segala masalah dan umat Islam jangan biar kuasa besar menyelesaikan masalah umat Islam,” nasihatnya.