Home Muktamar PAS Ke 64 Jentera Penerangan Kena Gerakkan Penerangan

Jentera Penerangan Kena Gerakkan Penerangan

5
0
SHARE

Oleh: Fiqri Zurani

KUALA TERENGGANU, 15 Sept – PAS menggalas perjuangan Islam yang besar dan luas, menghadapi kumpulan lain dalam kalangan umat Islam dan juga bukan Islam. Semua umat manusia dalam masyarakat majmuk adalah saudara yang wajib diselamatkan bersama Islam.

Tuan Guru Presiden PAS menyatakan bahawasanya para ulamak membahagikan diri mereka semuanya dalam skop umat Nabi Muhammad S.A.W; yang wajib dipimpin bersama Islam, terbahagi kepada ‘Ummah Ijabah’ yang telah menganut Islam dan ‘Ummah Dakwah’ yang tidak menganut Islam tetapi diajak bersama Islam.

Oleh yang demikian, beliau menyeru kepada Lajnah Penerangan dan Lajnah Dakwah PAS supaya bergerak sepenuhnya untuk membawa mesej dakwah ke dalam masyarakat Islam secara berkesan untuk menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan, dengan kefahaman Islam yang sebenar.

“Untuk bukan Islam pula, semua jentera PAS haruslah mendekatkan diri semua jentera parti mestilah mendekati dan memberikan penjelasan supaya rakan-rakan kita memahami mesej yang kita bawa, dan dalam masa yang sama kita juga memahami keperluan rakan-rakan kita.

“Oleh yang demikian, tugas Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) adalah jambatan penting dalam menghubungkan kita dalam masyarakat majmuk, dan menjalin hubungan dengan parti komponen Barisan Nasional untuk mendekati rakan-rakan daripada kaum lain,” ujar beliau.