Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Johan Tilawah 11 Kali Serikan Majlis

Johan Tilawah 11 Kali Serikan Majlis

221
SHARE

Johan Tilawah 11 Kali Serikan Majlis

Oleh: Asmaa Yusof

KUANTAN, 15 Jun – Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Zul Hasyimi Mohamed Yunus.

Beliau membacakan surah Luqman dari ayat 20 hingga 28; yang antara lain mengingatkan para muktamirat akan kepentingan bergantung kepada Allah SWT dan akibat kufur.

“Dan sesiapa yang berserah diri bulat – bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan,” Surah Luqman ayat 22.

Ustaz Zul pernah dinobatkan sebagai Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pahang sebanyak 11 kali.

Muktamar DMPM diteruskan dengan Ucaptama Ketua DMPM, YB Hajjah Senator Nuridah Mohd Saleh.