Home Muktamar PAS Ke 65 Info Jom ke Karnival PAS Pahang Sejahtera

Jom ke Karnival PAS Pahang Sejahtera

181
SHARE

Karnival Pahang Sejahtera menyerikan Muktamar Tahunan PAS

Indera Mahkota, Pahang – Sempena Muktamar PAS Pusat kali ke 65 yang sedang rancak diperkatakan oleh semua pendokong PAS seluruh negara, karnival Pahang Sejahtera dijangka akan turut menyerikan suasana muktamar.

Pelbagai aktiviti menarik termasuklah persembahan nasyid, forum dakwah dan ceramah agama yang akan disampaikan oleh selebriti tanah air pastinya akan menambah pesona karnival sepanjang berlangsungnya muktamar di Stadium Tertutup SUKPA.

Bukan itu sahaja, aktiviti mencungkil bakat seperti demo masakan dan pertandingan mewarna juga akan tentunya memeriahkan karnival.

Karnival dimulakan pada hari Jumaat oleh perkongsian dari Bob Lukman, persembahan kumpulan nasyid Shoutul Amal serta kumpulan LESTARI.

Di sebelah malamnya pula para penonton akan disajikan dengan persembahan kumpulan HIJJAZ dan saudara Iwan Syahman.

Perjalanan hari Sabtu pula dipenuhi dengan demo masakan Orang Asal dan pertandingan mewarna pada jam 9 pagi, berterusan pada jam 3 petang dalam sesi sembang ARC bersama Wazi Abdul Hamid.

Siapa tidak kenal Ustaz Haslin Bollywood? Beliau akan bersama perwakilan dan pemerhati pada jam 5 petang menerusi slot Sembang Selebriti.

Sabtu melabuhkan tirainya dengan Forum Islam Memimpin Perpaduan serta persembahan Anak Kayan bermula pada jam 9 malam.

Karnival yang dijadualkan berakhir pada hari Ahad itu akan diserikan dengan Forum Mari Kita Bina Keluarga Bahagia.

Dijemput para perwakilan, pemerhati serta semua ahli PAS dijemput menyambut baik karnival gilang gemilang Yang berlangsung selama 3 hari ini, ( bermula pada 20 Jun Hari Jumaat hingga 23 Jun 2019 hari Ahad ).