Home Muktamar PAS Ke 65 Keahlian, ICT, Kompleks PAS dan Khidmat Malaysia

Keahlian, ICT, Kompleks PAS dan Khidmat Malaysia

26
SHARE

Oleh: IZWAN ABDUL HALIM

KUANTAN: Kempen keahlian PAS Pilihanku 2.0 telah memberikan lonjakan pertambahan ahli lebih 1,000 orang sebulan, bahkan paling tinggi pernah mencapai hingga 7,000 permohonan.

Mantan Naib Presiden PAS, Dato’ Ar Iskandar Abdul Samad berkata, negeri yang mencapai penambahan ramai adalah Kelantan iaitu 128,000 ahli diikuti Terengganu dengan 106,000 ahli.

“Jumlah paling tinggi adalah Kedah dengan lebih 164,000 ahli, Selangor 94,000 ahli dan Perak, 92,000 ahli,” ujarnya pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS Ke-65, di sini hari ini.

Beliau berharap penjenamaan semula kempen PAS Pilihanku 3.0 nanti akan meningkatkan lagi penambahan permohonan bulanan terutama di negeri disasarkan PAS disebutnya itu.

Beliau turut ‘menjawab’ perlecehan pihak tertentu terhadap kesilapan pada perkataan dan angka ‘mock cheque’ yang berbeza diserahkan semalam, di mana tiada orang menunaikannya ke bank.

Turut disentuhnya adalah mengenai penyelarasan yang perlu wujud antara Lajnah ICT dan Lajnah Penerangan, selain mewujudkan badan swasta berkaitan sebagaimana PKR menubuhkan INVOKE.

Dato’ Iskandar juga memaklumkan usaha membina Kompleks PAS di mana sedang diusahakan dengan membeli tanah seluas 5.5 ekar berharga RM4 juta terletak di Putrajaya.

Beliau mengakhiri penjelasannya dengan menyentuh perihal Khidmat Malaysia yang juga berada di bawah tanggungjawabnya sebelum ini. – HARAKAHDAILY 23/6/2019