Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Kedah Sedang Menanti PRU-15

Kedah Sedang Menanti PRU-15

310
SHARE

Kedah Sedang Menanti PRU-15

Oleh : Amirah Abdullah

KUANTAN, 15 Jun – “Semangat ni sebab nak ambil balik Kedah. Kedah sedang menanti PRU-15,” ujar Puan Sariah Salam perwakilan daripada Padang Terap, Kedah ketika ditanya berkenaan kehadiran beliau ke Muktamar DMPM kali ke-59 dan keaktifan beliau memberi respon ketika perbahasan usul.

Beliau memaklumkan bahawa beliau sentiasa bersemangat untuk hadir ke muktamar untuk berkongsi idea ketika perbahasan usul supaya para perwakilan dapat membawa balik sesuatu berharga apabila kembali bergerak kerja di kawasan masing – masing.

Namun, katanya tahun ini beliau lebih bersemangat kerana Kedah menunjukkan peluang cerah untuk kembali memihak kepada PAS.

Beliau amat berharap kemenangan PRU-15 berpihak kepada PAS. Dengan harapan tinggi inilah beliau bersemangat menjalankan gerak kerja di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kawasan di Kedah.

Ulasan beliau ini disokong oleh rakan perwakilannya, Puan Siti Aminah Zamiludin yang merupakan Ketua Penerangan Muslimat PAS Kawasan Padang Terap.