Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Ulamak Kejayaan Pentadbiran  Kerajaan Kelantan dan Terengganu Mesti Disebarluaskan

Kejayaan Pentadbiran  Kerajaan Kelantan dan Terengganu Mesti Disebarluaskan

124
SHARE

Oleh: Muhammad Faris Mohd Sam

Indera Mahkota, 20 Jun – Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Dr. Haji Mahfodz Mohamed menyifatkan bahawa kejayaan PAS di Kelantan dan Terengganu mesti diangkat sebagai ikon pentadbiran PAS untuk Malaysia sebagai suatu model pentadbiran nubuwwah.

“Kejayaan PAS di Kelantan dan Terengganu mesti diangkat sebagai ikon pentadbiran PAS untuk Malaysia sebagai suatu model nubuwwah sekiranya Allah SWT mengizinkan  PAS dan pakatannya memerintah Malaysia kelak.”

Beliau juga menegaskan bahawa peranan media dan lajnah penerangan amat penting dalam memperluaskan capaian kejayaan di Kelantan dan Terengganu.

“Peranan media dan lajnah penerangan amat penting dalam memperluaskan capaian kejayaan di Kelantan dan Terengganu ini.”

“Malah, perlu dipromosikan secara lebih meluas kepada rakyat Malaysia untuk mereka berkunjung ke Kelantan dan Terengganu bagi melihat suasana dan perkembangan terkini di negeri yang ditadbir oleh PAS.”

Beliau berucap ketika Persidangan Dewan Ulamak PAS Pusat yang diadakan di Wisma Belia Indera Mahkota, Pahang.