Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Kenyataan Media DMPM Sempena Muktamar ke-59

Kenyataan Media DMPM Sempena Muktamar ke-59

113
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
11 SYAWAL 1440H BERSAMAAN 15 JUN 2019
MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT KALI KE-59

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

1. Dewan Muslimat PAS Pusat mengalu-alukan kehadiran para perwakilan, pemerhati dan para tetamu dari seluruh negara ke Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke 59 yang berlangsung pada hari ini di Pusat Konvensyen Bukit Gambang City Resort, Gambang Pahang.

2. Pihak Dewan Muslimat PAS Pusat mengucapkan jutaan terima kasih pada YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS di atas kesudian merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke-59.

3. Tema muktamar pada kali ini, “ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERA”. Ini adalah mesej jelas yang ingin disampaikan kepada rakyat bahawa hanya dengan Islam yang memimpin negara, kehidupan wanita akan sejahtera. Sejahtera ini merangkumi semua aspek kehidupan manusia.

4. Muktamar kali ni dihadiri oleh para perwakilan dari 179 kawasan termasuk dari Dewan Muslimat PAS Kawasan yang baharu diluluskan penubuhannya iaitu Dewan Muslimat PAS Kawasan Libaran, Sabah. Jumlah perwakilan adalah seramai 758 orang.

5. Pihak Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) telah memberi Anugerah kepada beberapa individu yang telah banyak menyumbang kepada Muslimat, PAS dan masyarakat amnya.

Anugerah tersebut adalah seperti berikut :
i. Anugerah Asma’ Abu Bakar (Tokoh Muslimat Muda) diberikan kepada Dr. Uyun Ab Malek
ii. Anugerah Saidatina Khadijah (Tokoh Muslimat) diberikan kepada YB Siti Zailah Mohd Yusoff
iii. Anugerah Ummu Waraqah (Tokoh As-Sabiqat atau Muslimat Veteran) diberikan kepada Dr. Asiah Ali
iv. Anugerah Tokoh Perpaduan Ummah diberikan kepada YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS di atas sumbangan dalam menyatukan ummah di peringkat nasional dan antarabangsa.

Dalam muktamar ini juga turut dilancarkan bahan-bahan terbitan Dewan Muslimat PAS Pusat iaitu :
1. Malajalah yang diberi tajuk “Muslimat Krik-krik”
2. Buku Panduan Munajat ‘Akifi
3. Buku Tadabbur Surah Al-Kahfi
4. Buku Koleksi Kertas Kerja Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan  Dewan Muslimat PAS Pusat

Dewan Muslimat PAS Pusat juga akan melancarkan Manual Diploma Eksekutif Syifa’ Aisyah atau nama singkatannya DESA di bawah Akademi Pengajian Saidatina Aisyah (APSA). Akademi Pengajian Saidatina Aisyah (APSA) adalah satu akademi di bawah
Dewan Muslimat PAS Pusat yang melatih para muslimat ke arah Muslimat ‘Akifi iaitu Muslimat yang berilmu, yang mahir dalam berharaki dan juga yang tunduk dan patuh pada perintah Allah swt.

7. Pada muktamar kali ini, 17 usul diterima daripada Dewan Muslimat PAS peringkat negeri dan kawasan. 3 usul diterima untuk dibahas, 5 usul diterima tanpa bahas, 3 usul diterima sebagai cadangan, dan 6 usul ditolak.

Usul-usul yang diterima untuk dibahas adalah seperti berikut :

Dalam agenda ucapan penangguhan, negeri-negeri diberikan tajuk tertentu yang berkaitan dengan tema Muktamar “Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”. Kesejahteraan Wanita akan disentuh merangkumi pelbagai aspek termasuk Pembangunan Wanita dan Keluarga, Ekonomi, Kesihatan, Pendidikan, Alam Sekitar, Kepenggunaan dan pelbagai lagi.Ini akan membuka mata kepada masyarakat di luar sana tentang sumbangan wanita merangkumi pelbagai aspek di dunia ini.

9. Akhir sekali, Dewan Muslimat PAS Pusat juga merakamkan jutaan terima kasih kepada tuan rumah, Negeri Pahang, para penaja, Ahli Jawatankuasa Pelaksana dan para petugas dari seluruh negara yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat kali-59.

“ISLAM MEMIMPIN, WANITA SEJAHTERA”

YB SENATOR USTAZAH HJH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Pusat

Kenyataan Media Semasa Hari Muktamar DMPMfinal