Home Muktamar62 Artikel Kenyataan Media PAS Pusat : Muktamar Tahunan PAS Ke 62 (2016)

Kenyataan Media PAS Pusat : Muktamar Tahunan PAS Ke 62 (2016)

168
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT

MUKTAMAR TAHUNAN PAS KE-62 [2016]

1. Dimaklumkan bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan mengadakan Muktamar Tahunan Kali Ke-62 sebagaimana berikut:

Tarikh/Tempat Perkara
Tarikh: 1 – 4 Jun 2016 1 Jun [9.00 mlm) Amanat Presiden dan Taklimat Setiausaha Agung (Tertutup – untuk Perwakilan sahaja)
  2 Jun [8.30 pagi) – Perasmian Muktamar (Ucapan Dasar Presiden)
 Tempat PUSAT TARBIYAH ISLAMIYAH KELANTAN [PUTIK], PKLN CHEPA

 

2.  Selain dari itu, Muktamar Dewan-Dewan Pusat adalah seperti berikut:

Muktamar Dewan-Dewan Pusat
 Dewan Tarikh Tempat
Dewan Ulamak PAS Pusat 31 Mei – 1 Jun 2016 Dewan Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Putih
Dewan Pemuda PAS Malaysia 31 Mei – 1 Jun 2016  Kelantan Trade Centre,
Jalan Bayam, Kota Bharu
Dewan Muslimat PAS Malaysia 31 Mei – 1 Jun 2016  Dewan Jubli Perak MPKB-BRI,
Jalan Mahmood, Kota Bharu

 

3. Sidang Muktamar-muktamar (kecuali Program Tertutup) adalah terbuka kepada pihak media. Oleh itu syarikat-syarikat Media Cetak, Media Elektronik dan Media Sosial dipelawa untuk memohon PAS MEDIA MUKTAMAR 2016 yang bertujuan memudahkan pengurusan pihak Panitia Muktamar. Pas Media ini bolehlah digunakan untuk Muktamar PAS Pusat dan Dewan-Dewan Pusat. Permohonan bolehlah dibuat melalui email: [email protected].

4. Bersempena dengan “Tahun Melawat Kelantan 2016”, pelbagai program dan persembahan akan turut diadakan sepanjang Muktamar 2016 ini.

Terima kasih.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN,

Setiausaha Agung.

Bertarikh: 01 MEI, 2016.