Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Ulamak Keputusan Jemaah Dibuat Dengan Sangat Berhemah Dan Teliti

Keputusan Jemaah Dibuat Dengan Sangat Berhemah Dan Teliti

45
0
SHARE

Keputusan Jemaah Dibuat Dengan Sangat Berhemah Dan Teliti

Ustaz Nik Nasri

Kuala Terengganu 13 Sept 18- Dato’ Dr Mahfodz, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat memuji perbahasan wakil-wakil ulamak dari negeri-negeri yang baik pada hari ini, dengan memahami tajuk yang diberi untuk berbahas.

‘Saya akan cuba desak agar pindaan perlembagaan akan dapat dibuat agar nantinya Dewan Ulamak PAS di peringkat kawasan dapat ditubuhkan’ ujarnya.

Ulamak mesti bersama dengan Majlis Syura Ulamak dan jemaah apabila dibuat keputusan, terutama yang melibatkan isu besar.

Keputusan pula tidaklah dibuat dengan singkat dan mudah, akan mengambil masa agar para ulamak dapat memberi penjelasan kepada ahli di peringkat bawah.

Biasanya keputusan besar dalam jemaah akan melalui 4 fasa-Lajnah Politik, Dewan Harian PAS Pusat, AJK PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak. Bukan mudah membuat keputusan, dan ia bukan keputusan individu tetapi keputusan secara berkelompok.

‘Ulamak akan berijtihad siyasi, dan keputusan diterima oleh ahli.’ Demikian ingatan yang dibuat oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat dalam ucapan penutupnya petang ini.