Home Muktamar PAS Ke 64 Kerajaan Kelantan dan Terengganu Tetap Sebahagian Dari Malaysia Walaupun Dinafikan Hak...

Kerajaan Kelantan dan Terengganu Tetap Sebahagian Dari Malaysia Walaupun Dinafikan Hak Sejak Dulu

3
SHARE

Oleh: Asyraf Hanif

Kuala Nerus, 17 Sept – Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ini menarik perhatian apabila diadakan pada Hari Malaysia.

Malaysia yang dibentuk hasil gabungan semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak terus mendepani pelbagai onak duri termasuklah kerajaan Kelantan dan Terengganu.

Menurut Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, PAS berjaya menjadi kerajaan di Kelantan dua kali (1959-1978 & 1990-kini) dan kerajaan Terengganu tiga kali (1959-1961, 1999-2004 & 2018-kini).

Kerajaan PAS Kelantan merupakan kerajaan paling teruk dibelasah dan dinafikan haknya oleh kerajaan pusat dulu dan kini.

“Kelantan tahun 1959 hingga 1978, dirampas secara pengisytiharan darurat yang diluluskan di Parlimen dengan menggunakan lesen demokrasi yang disalah gunakan,” katanya

“Menang kali kedua tahun 1990 dan terus kita memerintah sehingga kini serta terus berada di Malaysia, tidak pernah menuntut merdeka dari kerajaan pusat walaupun dibelasah dan dinafikan haknya.

“Tiada suara yang berbunyi di Kelantan dan Terengganu untuk keluar Malaysia, negeri lain ada walaupun dapat royalti,” tambah beliau.

PAS yang mengetuai blok ketiga Gagasan Sejahtera telah berjaya mempertahankan kerajaan Kelantan dan merampas kembali kerajaan Terengganu dari Barisan Nasional serta hampir berjaya menguasai Kedah.