Home Muktamar62 Artikel Kerajaan Perlu Kaji Sistem Pilihanraya Yang Lebih Baik Menggantikan Kepincangan Sistem Masa...

Kerajaan Perlu Kaji Sistem Pilihanraya Yang Lebih Baik Menggantikan Kepincangan Sistem Masa Kini

107
SHARE

 

KOTA BHARU, 3 Jun: Pengarah Piliharaya PAS Pusat, Dato’ Haji Mustafa Ali, hari ini menjelaskan keperluan rakyat menjadi kuasa desak untuk menambahbaik sistem pilihanraya yang diamalkan di Negara ini.

Dalam ucapan pergulungan itu, beliau memberitahu bahawa Malaysia mengamalkan konsep “first pass the post” dalam pilihanraya, iaitu walaupun calon itu mempunyai lebih satu undi sahaja pun, dia akan menang tanpa mengira kelayakan atau kualiti seseorang calon itu, tetapi mungkin dipengaruhi faktor-faktor lain seperti tawaran duit serta persempadanan semula.

“Saya mencadangkan supaya kita sebagai rakyat Malaysia dan kerajaan Malaysia supaya kaji sistem ini supaya ianya lebih menggambarkan kesaksamaan sokongan rakyat pada parti yang mereka kehendaki.”

Beliau turut menjelaskan bahawa PAS telah lama mengamalkan Tahaluf Siyasi atau kerjasama politik sejak sekian lama dengan melalui beberapa proses bermula tahun 1959 dengan Parti Negara di negeri Terengganu sehingga kini hubungan tahaluf dengan PKR.

Pembahagian kerusi, jumlah kerusi yang ditandingi dan lain-lain boleh dibincangkan namun katanya, tiada satu parti pun akan berpuas hati dengan jumlah pembahagian kerusi kerana semua parti mahu bertanding lebih banyak kerusi

Contohnya, hasil pembahagian kerusi membolehkan PAS memenangi kerusi Temerloh serta Dungun.

Menyentuh mengenai penyertaan PAS dalam pilihanraya kecil (PRK) di 2 kerusi tradisi parti itu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, beliau memaklumkan bahawa segala gerak kerja telah dimulakan serta 2 Naib Presiden PAS menjadi pengarah kepada pilihanraya-pilihanraya itu nanti.

“Pihak JPP sudah pun membahagikan tugas samada dari segi prasarana, infrastruktur, jentera piliharaya sudah selesai.”

Pada kesempatan itu, beliau turut mengucapkan terima kasih dan tahniah atas khidmat yang diberikan oleh semua petugas PAS semasa Pilihanraya Negeri Sarawak Mei lalu.