Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Kerajaan Perlu Tambah Baik Sektor Pengangkutan

Kerajaan Perlu Tambah Baik Sektor Pengangkutan

96
SHARE

Kerajaan Perlu Tambah Baik Sektor Pengangkutan

Oleh: Nadiah Saari

KUANTAN, 15 Jun – Perwakilan Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang, Norziana Zainol telah mengemukakan beberapa permasalahan yang dihadapi oleh pengurusan sistem kenderaan awam di negara ini.

“Permasalahan dari sudut harga perkhidmatan pengangkutan awam adalah agak mahal, di samping jadual perkhidmatan yang kurang cekap, serta pencemaran udara dari asap hitam yang dikeluarkan oleh bas,” kata beliau dalam ucapan penggulungan.

Selain itu, beliau juga telah menzahirkan kerisauan yang perlu diatasi oleh kerajaan dalam menambah baik sistem pengangkutan di negeri-negeri Pantai Timur terutama waktu cuti sekolah dan hari raya.

Dalam ucapannya juga beliau memberikan beberapa cadangan untuk menambah baik sistem pengangkutan dari segi kecekapan, mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar, naik taraf sistem bas, dan menyediakan pengangkutan awam yang mesra wanita, OKU dan kanak-kanak.

“Setiap pengangkutan awam seperti LRT perlu menyediakan bilik khas untuk menyusu anak. Ia sangat sesuai untuk keselesaan pengguna wanita,” ucap beliau mengakhiri ucapan penangguhan.