Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Keseimbangan Kemudahan Kepada Penduduk Bandar Dan Luar Bandar

Keseimbangan Kemudahan Kepada Penduduk Bandar Dan Luar Bandar

74
SHARE

Keseimbangan Kemudahan Kepada Penduduk Bandar Dan Luar Bandar

KUANTAN, 15 Jun – Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis telah tampil menyentuh berkenaan isu kesejahteraan bandar dan luar bandar ketika berucap untuk ucapan penggulungan, di Pusat Konvensyen Gambang Resort City.

Terdahulu, beliau berkata kerajaan perlu mewujudkan tempat rekreasi yang lebih bersifat islamik di mana terdapat papan tanda mengenai larangan berzina dan dilarang berdua – duaan.

“Tempat rekreasi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan itu perlulah diperbanyakkan bukan sahaja di bandar, tetapi dibina juga di luar bandar supaya penduduk di luar bandar juga tidak dipinggirkan,” ucapnya dalam ucapan penggulungan.

Katanya, kerajaan juga perlu lebih fokus kepada penganjuran majlis ilmu untuk penduduk tidak kira di bandar mahupun luar bandar.

“Kerajaan perlu menggiatkan majlis ilmu terutamanya aktiviti yang menjurus kepada kesihatan mental dan fizikal di bandar dan luar bandar.

“Pendekatan yang boleh dilakukan adalah seperti memanggil pihak kesihatan untuk menerangkan mengenai apa itu kemurungan dan bagaimana cara untuk mengatasinya memandangkan isu tersebut agak membimbangkan kebelakangan ini,” ujarnya dengan lebih jelas.