Home Muktamar PAS Ke 64 Ketua Dewan Muslimat Seru Ahli PAS Sentiasa Dampingi Al Quran Sebagai Panduan

Ketua Dewan Muslimat Seru Ahli PAS Sentiasa Dampingi Al Quran Sebagai Panduan

3
SHARE

Oleh: Asyraf Hanif

Perjuangan yang dilalui para nabi dan para ulamak terdahulu adalah untuk mengembalikan manusia kepada jalan Allah yang terbukti memberikan kejayaan kepada manusia.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh menegaskan perjuangan Islam merupakan satu amanah yang diamanahkan Allah kepada manusia.

وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا

“Dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zhalim dan amat bodoh.”

(Surah Al-Ahzab, ayat 72).

Beliau menegaskan amanah yang dipikul adalah untuk mengembalikan manusia kepada kecemerlangan Islam seperti yang telah dicapai oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.

وَالسَّابِقُونَ الأوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dari Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik Allah rida kepada mereka dan menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya mereka kekal di dalammnya selama-lamanya, itulah kemenangan yang besar.”

Beliau juga berpesan kepada seluruh pimpinan dan ahli PAS untuk sentiasa mendekati dan mendampingi Al-Quran sebagai panduan dalam perjuangan Islam.