Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Khidmat Jurubahasa Isyarat (JBI) Jambatan Komunikasi Khas

Khidmat Jurubahasa Isyarat (JBI) Jambatan Komunikasi Khas

104
SHARE

Khidmat Jurubahasa Isyarat (JBI) Jambatan Komunikasi Khas

Oleh : ‘Aisyaa Yasmin

KUANTAN, 15 Jun – Khidmat jurubahasa isyarat (JBI) yang menjadi jambatan komunikasi kepada golongan berkeperluan khas kategori masalah pendengaran telah membolehkan mereka mendapat maklumat terkini berkenaan perkembangan senario politik negara.

Demikian dipraktikkan di sidang Muktamar DMPM di sini hari ini dalam memperluaskan sebaran maklumat berkenaan PAS dan entitinya menerusi bahasa non-verbal iaitu bahasa isyarat.

Khidmat JBI melalui Nor Hasekan P Rameli telah berjaya menterjemahkan bahasa pertuturan YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh ke bahasa isyarat semasa menyampaikan ucaptamanya di sidang muktamar DMPM pagi ini.

Tidak dinafikan perkhidmatan JBI telah banyak membantu untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan menjadi telinga dan suara bagi komuniti ini.

Dewan Muslimat jelas dengan keperluan menjaga kebajikan golongan berkeperluan khas ini sekali gus memberi maklumat kepada umum berkenaan apa yang dihasratkan oleh parti.