Home Muktamar PAS Ke 64 Kita Mahu 12 Ribu Jentera Muslimat, Saran Wakil Muslimat

Kita Mahu 12 Ribu Jentera Muslimat, Saran Wakil Muslimat

3
SHARE

Oleh: Fiqri Zurani

KUALA TERENGGANU, 15 Sept – Antara faktor kekalahan PAS dalam PRU-14 adalah disebabkan kekurangan jentera, demikian ucap Perwakilan Dewan Muslimat PAS Pusat, Puan Noraini Husin.

Beliau memetik sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, “sebaik-baik teman 4 orang, sebaik pasukan tentera 400 orang, sebaik-baik ketumbukan tentera 4000 orang dan sama sekali tidak akan dikalahkan 12 ribu orang oleh golongan yang sedikit.” – Hadis riwayat Tirmizi dan Abu Dawud

Berdasarkan hadis tersebut, beliau menyeru PAS untuk melakukan satu sasaran membina jentera muslimat seramai 12,000 orang.

Tambahnya, Dewan Muslimat PAS juga perlu menyediakan satu modul khas yang bersesuaian untuk mencapai sasaran KPI tersebut.