Home Muktamar PAS Ke 64 Kuasai Media Sosial dan Hati Pengundi Muda Untuk Capai Kemenangan

Kuasai Media Sosial dan Hati Pengundi Muda Untuk Capai Kemenangan

3
SHARE

Oleh : ‘Aisyaa Yamin

KUALA TERENGGANU, 15 Sept : “Seolah-olah berlaku gelombang hijau di negara kita ini dan gelombang ini hanya berlaku di pantai timur tapi tidak di pantai barat,” ujar Saudara Shahbudin Senin yang merupakan perwakilan Melaka.

Katanya, prinsip politik PAS berjaya difahami oleh masyarakat timur tapi dilihat canggun di pantai barat.

Beliau melahirkan kegusaran yang berlaku di pantai barat terutama di Melaka pasca PRU lepas yang melihat jatuhnya kerajaan Umno BN dan diwarisi pula oleh PH.

Perwakilan Melaka itu mempersoalakan punca berlakunya fenomena ini samada ianya berkaitan prinsip ataupun masyarakat di pantai barat sukar memahami intipati perjuangan PAS.

“Aspek kelemahan yang perlu diperbaiki antaranya dalam penguasaan media sosial, menyampaikan mesej kepada pengundi muda serta pendaftaran pengundi,” saran beliau.