Home Muktamar PAS Ke 63 Kuasai Pelbagai Bahasa Untuk Tarik Hati Pengundi

Kuasai Pelbagai Bahasa Untuk Tarik Hati Pengundi

2123
0
SHARE

Kuasai Pelbagai Bahasa Untuk Tarik Hati Pengundi

ALOR SETAR, 1 Mei – Dr Najihatussolehah Ahmad dalam ucapan penggulungan berkata penguasaan pelbagai bahasa dan dialek dapat membantu PAS menarik undi antaranya bahasa Mandarin, Kadazan, Iban dan dialek-dialek setempat serta slanga orang asal.

Oleh itu, Lajnah Perpaduan Nasional dikira penting dan mesti diberi perhatian untuk lebih berperanan dalam menyampaikan mesej Islam merentasi sempadan bahasa dan warna kulit.

“LPN berperanan meluaskan pengaruh PAS dalam kalangan bukan Melayu selain berperanan meluaskan ajaran Islam merentasi kaum dan agama,” ujarnya.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada timbalan dan ahli jawatankuasa yang banyak membantu beliau menjalankan tanggungjawab selaku Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat sesi 2015-2017 di samping menzahirkan penghargaan kepada Tuan Guru Presiden, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri.

Sambil menyifatkan tugas beliau itu sebagai “bukan senang,” beliau juga memohon maaf atas sebarang kekurangan yang berlaku sepanjang sesinya di jawatan itu.

Dr Najihatussolehah Ahmad juga merupakan ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia yang mahir berbahasa Mandarin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here