Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Kumutha Ajak Teladani Surah Al-Hujurat

Kumutha Ajak Teladani Surah Al-Hujurat

760
SHARE

Kumutha Ajak Teladani Surah Al-Hujurat

Oleh: Asmaa Yusof

KUANTAN, 15 Jun – Ucapan penangguhan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS, Cik Kumutha memfokuskan keharmonian hubungan antara kaum.

Katanya, perpaduan seluruh anggota masyarakat tonggak kepada keharmonian sesebuah negara.

“Negara kita terdiri daripada pelbagai etnik. Untuk memastikan negara sentiasa aman dan damai, perpaduan kaum harus dibajai bermula dari anak muda.

“PAS mengambil tanggungjawab menerajui budaya politik matang dan sejahtera yang bebas dari sikap perkauman,” ujarnya.

Cik Kumutha dalam masa yang sama memetik terjemahan ayat 13 Surah Al-Hujurat:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”