Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Ulamak Lahirkan Lebih Ramai Asatizah Dokongi Perjuangan Islam

Lahirkan Lebih Ramai Asatizah Dokongi Perjuangan Islam

85
SHARE

oleh: Atiqah Syakira

Indera Mahkota, 20 Jun – Dato’ Dr. Haji Mahfodz Mohamed merangkap Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat dalam ucaptamanya menyatakan bahawa keahlian Dewan Ulamak perlu diperkasakan bagi melahirkan lebih ramai asatizah yang mendokong perjuangan Islam.

“Dengan lambakan assatizah seluruh negara, Dewan Ulamak Pas mesti manfaatkan peluang untuk mengajak mereka bersama-sama turut serta mengerakkan kerja-kerja Islam.

Justeru, beliau mencadangkan agar mendaftarkan para assatizah dalam keahlian Dewan Ulamak terlebih dahulu sebagai tindakan awal.

” Paling tidak, untuk peringkat permulaan, mendaftarkan mereka agar berada dalam sistem maklumat kita bagi memudahkan saluran informasi.

Beliau juga menyatakan kepentingan mempromosikan pendaftaran keahlian dengan ada nilai tambah baru seperti kad keahlian Dewan Ulamak Pas.

“Selain itu, kepentingan mempromosikan pendaftaran keahlian dengan mewujudkan kad keahlian juga dengan sendirinya dapat menilai kemampuan dan prestasi secara asas gerak kerja dalam menghimpunkan seramai mungkin kalangan assatizah.”