Home Muktamar PAS Ke 64 Lau Chin Chua : Kami Tak Akan Berganjak Sokong Perjuangan PAS

Lau Chin Chua : Kami Tak Akan Berganjak Sokong Perjuangan PAS

435
SHARE

Oleh : ‘Aisyaa Yamin

KUALA TERENGGANU, 15 Sept: Wakil Dewan Himpunan PAS (DHPP), Cikgu Lau Chin Chua menerusi ucapan perbahasannya banyak menyentuh berkenaan keberadaan DHPP dan fungsinya.

“Kami walaupun 10% sahaja, tapi ini adalah golongan hard core dan tak akan berganjak,” ujarnya ketika menyatakan hasrat untuk terus berusaha menarik balik kepercayaan orang bukan Islam kepada parti PAS.

Dalam usaha itu katanya, pentadbiran PAS di Kelantan dan Terengganu boleh dijadikan contoh kepada umum dalam mengetengahkan keadilan yang dibawa oleh PAS.

Terdahulu, wakil wanita DHPP, Cik Kumutha turut menyatakan hal sama dengan memuji pentadbiran kerajaan Kelantan yang dilihat tidak mengganggu gugat agama lain.

“Tidak ada halangan bagi agama lain untuk terus menganut agama mereka, hatta Tokong terbesar asia pun ada di negeri Kelantan,” tegasnya.

Yakin dengan corak pemerintahan PAS, Wakil DHPP itu juga menyatakan komited dan keyakinannyabahawa benda yang sama akan dibawa oleh PAS untuk negeri lain jika diberi peluang memenangi PRU akan datang.