Home Muktamar PAS Ke 66 Dewan Muslimat Lazimi Syukur Dengan Menyumbang Bakti Pada Negara

Lazimi Syukur Dengan Menyumbang Bakti Pada Negara

33
SHARE

Lazimi Syukur Dengan Menyumbang Bakti Pada Negara

Oleh: Danisya Ismail

KUALA LUMPUR: Penglibatan dan peranan wanita dalam industri komoditi tidak dapat disangkal lagi di mana ia dapat dilihat jelas sejak tahun 70-an apabila negara beralih kepada sektor perladangan sawit melalui penubuhan FELDA.

Demikian menurut perwakilan negeri Pahang, Puan Hamidah Hj Daud ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Hotel Premiera, Menara MARA, sempena Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) hari ini.

Katanya, meskipun kini penglibatan wanita dalam pekerjaan semakin diterima baik, namun kebajikan golongan wanita khususnya dalam sektor komoditi negara seperti di ladang serta pusat pengeluaran produk hendaklah sentiasa dipantau dari semasa ke semasa.

Mengulas topik Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan dan Perladangan Komuniti, beliau berkata golongan wanita hendaklah dilatih menyesuaikan diri dalam industri dan teknologi tinggi selaras dengan perkembangan Revolusi Perindustrian 4.0 khususnya dalam sektor komoditi.

Hal ini kerana, banyak sumber hasil telah dianugerahkan oleh Allah kepada Malaysia antaranya kawasan tanaman sawit sekitar 9 juta hektar yang diusahakan secara komersial oleh pelbagai pihak termasuk pekebun kecil.

“Kita perlu manfaatkan peluang untuk menceburi bidang keusahawanan dengan menghasilkan produk tanaman negara.

“Antara (sumber) lain ialah getah yang merupakan komuniti kedua terbesar di Malaysia.

“Selain itu, Malaysia berjaya menjadi penyumbang utama latex (getah) global di mana Malaysia merupakan negara nombor satu dalam penghasilan sarung tangan.

“Sehubungan itu, marilah kita menjadi insan yang (sentiasa) bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita.

“Semoga kita menjadi umat yang berdikari tidak hanya bergantung kepada nasib, sebaliknya (perlu) berusaha dan (sentiasa) berbakti kepada negara,” pesannya.