Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Lebih RM25,000 Derma Jihad Sempena Muktamar DMPM

Lebih RM25,000 Derma Jihad Sempena Muktamar DMPM

298
SHARE

Lebih RM25,000 Derma Jihad Sempena Muktamar DMPM

Oleh: Ibnat Hannan

KUANTAN, 15 Jun – Sebanyak RM25,460 berjaya dikutip sejurus pengumuman dan pelancaran derma jihad sempena Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kali ke-59 pagi tadi.

Selain jumlah tersebut, sumbangan mata wang asing iaitu 5 dolar Brunei serta 1,000 yen Jepun, sebentuk cincin, tiga utas rantai dan kepingan emas 999 seberat satu gram turut disumbangkan oleh para muktamirat yang hadir. Jumlah keseluruhan barangan kemas yang berjaya dikumpulkan adalah dalam anggaran RM12,000.

Amalan mulia memberi infaq bukanlah perkara asing dalam kalangan ahli jemaah Islam PAS dan telah diamalkan sejak sekian lama; malah amalan ini turut diketahui umum sebagai satu platform menggalakkan budaya menderma.