Home Muktamar PAS Ke 65 Lemang enam kaki dilelong RM4,000

Lemang enam kaki dilelong RM4,000

4
SHARE

Oleh: NOOR SARA MASHITOH

KUANTAN: Lemang sepanjang enam kaki yang dibakar selama 10 jam oleh PAS Cameron Highlands dilelong bagi menjana dana bagi pembinaan markas Pos Lanai.

Pada awalnya dilelong bermula dengan harga RM200 kemudian ditawarkan pula PAS Tumpat dengan harga RM500. Namun PAS Tanah Merah pula menawarkan RM600.

Lelongan dibuat Timbalan Pengerusi Tetap Ustaz Kamal Ashaari selepas sesi perbahasan ucapan dasar presiden.

Seterusnya Dewan Pemuda PAS Malaysia pula menawarkan harga RM1,000, namun dipatahkan Dewan Muslimat PAS Malaysia dengan harga RM3,000.

Bagaimanapun PAS Kuala Nerus tampil dengan menawarkan harga RM4,000 dan akhirnya Timbalan Pengerusi Tetap menutup lelongan tersebut pada harga tersebut.

Lemang tersebut diserah Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus, M Shukrimun Shamsudin.

Dengan tawaran harga itu sebatang lagi lemang juga sepanjang enam kaki diberi kepada PAS Kuala Nerus, namun dihadiah kepada Presiden.