Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Lembaran Kerjasama Politik PAS-UMNO Kekal

Lembaran Kerjasama Politik PAS-UMNO Kekal

508
SHARE

Lembaran Kerjasama Politik PAS-UMNO Kekal

Oleh: Asmaa Yusof

KUANTAN, 15 Jun – Lembaran kerjasama PAS-UMNO terus tercipta apabila delegasi Wanita UMNO menyantuni Muktamar DMPM di Pusat Konvensyen Bukit Gambang, Kuantan di sini pagi ini.

Seramai 8 orang pimpinan tertinggi Wanita UMNO memenuhi jemputan Muktamar DMPM kali ini.

Terdahulu, Muktamar PAS mencipta sejarah apabila buat julung kalinya pimpinan UMNO hadir ke Muktamar PAS di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (Terengganu) tahun lepas.

Berikut merupakan delegasi Wanita UMNO Malaysia ke Muktamar DMPM kali ke-59, hari ini :-

1) YB Datuk Rosni Sohar
– Ahli Majlis Tertinggi UMNO
– Penolong Setiausaha Wanita UMNO Malaysia
– Ketua Wanita UMNO Negeri Selangor
– ADUN Hulu Bernam

2) YB Datin Mastura Yazid
– Exco Wanita UMNO Malaysia
– Ahli Parlimen Kuala Kangsar

3) YBhg Dato’ Rosni Zahari
– Exco Wanita UMNO Malaysia

4) YBhg Puan Hjh Azizah Harun
– Exco Wanita UMNO Malaysia
– Naib Ketua Wanita UMNO Negeri Selangor

5) YBhg Datin Seri Shamsiah Yasin
– Exco Wanita UMNO Malaysia
– Ketua Wanita UMNO Perlis

6) YBhg Datuk Noor Aeni Mohd Ali
– Exco Wanita UMNO Malaysia
– Penolong Setiausaha Wanita UMNO Wilayah Persekutuan

7) YBhg Dato’ Siti Hajar Mubin
– Ketua Wanita UMNO Negeri Pahang

8) YBhg Datin Azizan Shariff
– Naib Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan