Home Muktamar61 Artikel Maafkan Sesama Sahabat

Maafkan Sesama Sahabat

146
SHARE

KUALA SELANGOR, 6 Jun –  Tuan Haji Salahuddin Ayub menyatakan rasa syukur dengan ketentuan Allah atas keputusan dan merasa berterima kasih kerana memberinya peluang kepada diri untuk muhasabah.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua pimpinan yang memenangi pemilihan ahli jawatankuasa PAS Pusat dan beliau akan mencari nilai tambah dan kekurangan diri untuk belajar memperbaiki. Apa yang penting bagi beliau, adalah perlu berjiwa besa.

Beliau melahirkan harapan untuk ahli memaafkan sesama sahabat demi parti yang disayangi.

“Moga kita dapat membersihkan hati sesama kita dan sama-sama berdoa moga kita istiqamah dalam perjuangan walaupun kita berbeza pandangan atau fikiran”, katanya lagi.