Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Manfaatkan Evolusi Teknologi Untuk Kebaikan Agama

Manfaatkan Evolusi Teknologi Untuk Kebaikan Agama

5
SHARE

Manfaatkan Evolusi Teknologi Untuk Kebaikan Agama

Oleh : Aisyaa Yasmin

KUANTAN, 15 Jun – Perwakilan tuan rumah, Yusma Yusof dari Pahang semasa membahas ucapan penangguhan semalam menyifatkan evolusi teknologi sebagai satu perkembangan positif dan boleh dimanfaatkan untuk kebaikan agama.

Mengulas lebih lanjut, Yusma menyeru tenaga pakar teknologi dan sains dari kalangan ahli PAS mengoptimumkan peranan mereka dalam parti sekali gus menggarap manfaat ruang dakwah ini.

“Ramai ahli PAS yang pakar dalam sains dan teknologi, justeru eloklah kiranya PAS memanfaatkan tenaga pakar ini untuk memimpin dan mengurus masyarakat berpandukan wahyu ilahi”

Katanya lagi, pembangunan iman dan akidah dapat dibina dalam diri individu dengan manfaatkan kepelbagaian metode penyampaian berasaskan sains dan teknologi.

Menjelaskan perkara itu, beliau memberi contoh pendekatan pendidikan fardhu ain dan fardu kifayah yang berjaya ditembusi oleh teknologi melalui penciptaan pelbagai aplikasi solat dan Al-Quran dalam telefon mudah alih.

Di akhir perbahasan beliau membuat kesimpulan bahawa realitinya, tidak semua peristiwa yang berlaku dalam agama dapat dirungkai menerusi kajian sains, begitu juga sebaliknya.

Namun, perlu diakui teknologi dan sains tanpa panduan agama akan mengakibatkan kemudaratan, manakala agama tanpa sains menyebabkan kemunduran.