Home Muktamar60 Artikel Mansuh Akta Hasutan Serta Merta

Mansuh Akta Hasutan Serta Merta

120
SHARE

BATU PAHAT, 19 Sept – Sidang Muktamar menyokong penuh usul bersama yang dikemukakan oleh AJK PAS Pusat dan DMPP. Ustazah Mariam Abdul Rashid, Wakil DMPP menyokong penuh ini mahukan Akta Hasutan 1948 dimansuh serta merta tanpa syarat.

” Adalah merupakan akta yang lapuk yang zalim dan tidak relevan “, ujar beliau.

“Kenapa Akta ini dihidupkan lebih kepada menyelamatkan pimpinan negara . Jika Akta ini terus dibiarkan berleluasa, tidak ada lagi teguran kepada rakyat yang pemimpin negara walaupun melakukan penyelewengan dan lebih ramai ditangkap ” Ujar beliau lagi.

Sekiranya Akta ini dimansuhkan dan hendak diganti dengan Akta lain, ianya mestilah melalui proses dan satu Jawatankuasa perlu di bentuk untuk melihat Akta baru ini secara holistik.

PAS tidak mahu ianya diganti dengan Akta yang bersikap zalim dan terus menutup ruang perbincangan.