Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Ulamak Masa Depan Malaysia Hanya Bersama Islam

Masa Depan Malaysia Hanya Bersama Islam

164
0
SHARE
Masa Depan Malaysia Hanya Bersama Islam
Oleh : ‘Aisyaa Yamin
Kuala Terengganu : Senario pasca pilihanraya umum ke -14 mesti dimanfaatkan sebaiknya oleh PAS dengan membawa imej Islam agar masyarakat melihat kepincangan yang ada pada kerajaan hari ini hanya dapat diselamatkan dengan memilih jalan Islam.
Demikian antara intipati ucaptama Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dato’ Dr Haji Mahfodz Mohamed di sini hari ini.
“ Negeri yang dikuasai PAS iaitu Kelantan dan Terengganu mesti diangkat dan dijadikan model pentadbiran oleh PAS kepada seluruh rakyat” ujarnya ketika mengulas berkenaan dua buah negeri tersebut yang menjadi perhatian seluruh penganalis dalam melihat corak pemerintahan berteraskan Islam.
Mengulas lebih lanjut, beliau menggesa seluruh ahli PAS agar memperkasakan informasi berknaan kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh dua buah negeri tersebut.
“ Biar rakyat menilai perbandingan antara negeri yang ditadbir oleh PAS dengan negeri lain serta peringkat persekutuan” katanya.
Segubungan dengan itu, beliau berharap agar suatu masa nanti rakyat akan terbuka hati untuk memilih PAS dengan model yang ada di Kelantan dan Terengganu sekaligus yakin bahawasanya masa depan Malaysia hanya bersama Islam.