Home Muktamar62 Artikel Memimpin Gerakan Perubahan

Memimpin Gerakan Perubahan

135
SHARE

 

PASIR PUTIH, 31 Mei: Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke 55 telah pun berlangsung dengan bertemakan “Memimpin Gerakan Perubahan”.

Dalam awal ucatama Dato’ Dr Mahfodz Mohamed (Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat), telah pun meningatkan para muktamirin yang hadir untuk terus berusaha berada di atas landasan yang tidak mengabaikan akidah Islam.

Tegas beliau lagi, Ulamak mestilah menempuh pelbagai cabaran lantaran timbulnya timbunan krisia politik, ekonomi dan sosial yang melanda dunia Malaysia khususnya pada masa kini.

Oleh itu, Ulamak digesa untuk memimpin masyarakat kepada perubahan yakni merupakan tugas murni yang telah didahulukan oleh Rasulullah SAW.

Maka, Dewan Ulamak PAS Pusat telah pun memilih tema “Memimpin Gerakan Perubahan” sebagai tema bagi muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke 55 ini, bertepatan gesaan ke atas ulamak hari ini untuk memperteguhkan diri dengan ciri-ciri pemimpin perubahan yang disemai dengan fikrah yang suci, keperibadian yang unggul dan seterusnya menjadi pemimpin politik yang ikhlas kerana Allah SWT bagi memimpin usaha-usaha menegakkan Islam di kalangan ummat, sebagaimana meladani gerak kerja para Nabi.