Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Ulamak Menerajui Kemenangan Berpandukan Syariat

Menerajui Kemenangan Berpandukan Syariat

20
0
SHARE
Menerajui Kemenangan Berpandukan Syariat
Oleh : Zulhafeez Ahmad Zahidi
KUALA TERENGGANU : Objektif perjuangan PAS adalah wujudnya dalam negara sebuah masyarakat dan pemerintahan terlaksana dalamnya nilai hidup Islam serta hukumnya menuju keredhaan Allah SWT.
Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Perkara demikian telah disuarakan oleh wakil Alimat PAS Pusat dalam sesi perbahasan ucaptama Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.
Katanya, PAS juga perlu merangka satu strategi bagi menerajui negara berpandukan syariat Allah SWT sebagaimana disebutkan Allah SWT dari Surah Al-Anfal ayat 60.
“Ulamak dan alimat perlu mempersiapkan diri dari beberapa aspek, antaranya ” Menyediakan diri sebagai pejuang yang berada di perbatasan ilmu mendalam seperti ilmu agama, ilmu strategi dan ilmu IT.
“Iman yang mantap sentiasa membaca Al-Quran dan mentadabbur, istighfar menjauhi dosa maksiat, akhlak terunggul, jaga peribadi, menjadi keluarga contoh dan menjaga ukhuwwah sesama ahli.
“Menyediakan model dari pelbagai aspek, dari negeri Kelantan dan Terengganu telah menampilkan pentadbiran politik PAS yang baik,” katanya kepada sidang perwakilan.