Home Muktamar PAS Ke 66 Mengapa Perpaduan Melayu Terlebih Dahulu?

Mengapa Perpaduan Melayu Terlebih Dahulu?

365
SHARE

Mengapa Perpaduan Melayu Terlebih Dahulu?

1. Allah berfirman kepada Nabi Muhammad SAW agar menyeru kepada seluruh manusia, tetapi dimulakan dengan Marhalah Makkiyyah terlebih dahulu.

“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat” (Al-Syu’ara:214)

2) Hadith, sabda Baginda SAW;
“Para pemimpin paling hadapan mestilah daripada bangsa Quraisy” (Riwayat al-Thabrani)

3) Para ulama’ Fiqh Siyasah menegaskan,
kepimpinan yang paling berpengaruh didukung daripada bangsa yang menganut Islam.

4) Hak bukan-Islam tetap dijamin. Islam mengizinkan mengadakan hubungan dalam masyarakat majmuk bukan Islam dengan sempadan yang kukuh dan teguh, bagi menjaga Islam sebagai aqidah negara. Peranan bukan Islam dalam politik diizinkan, dalam soal pengurusan dan pentadbiran yang tidak berkait dengan dasar Islam.

5) Islam bukan bersifat fanatik perkauman kerana kepimpinan Islam juga bertukar bangsa yang memimpinnya.

Perkara yang penting adalah Islam menerima hakikat fitrah kecintaan kepada bangsa sendiri dan secara khusus menjaga keluarga sendiri.

6) Melayu yang menganut Islam adalah bangsa yang paling bertoleransi dan tidak rasis, kesan daripada ajaran Islam dalam diri mereka.

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS