Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Menteri Besar Terengganu Kunjungi Arkib DMPM

Menteri Besar Terengganu Kunjungi Arkib DMPM

1
SHARE

Menteri Besar Terengganu Kunjungi Arkib DMPM.

Oleh : Rabiatul Adawiyah

KUALA TERENGGANU, 15 Sept – Muktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kali ke 64 yang diadakan di Stadium Gong Badak meriah dengan pelbagai pameran yang disediakan oleh Panitia Muktamar.

Turut kelihatan Menteri Besar Terengganu, YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengunjungi pameran Arkib Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM). Beliau tertarik dengan buku Pendaftaran Ahli DMPM sejak dari tahun 1956 yang dicatat secara manual dalam tulisan jawi.

Kunjungan Dr Samsuri ke tapak pameran Arkib DMPM menarik perhatian para pengunjung lain yang juga berada di situ. Mereka mengambil kesempatan bertegur sapa dengan MB Terengganu itu dan mengambil gambar kenangan bersama beliau.