Home Muktamar62 Artikel Menyelesaikan Masalah Pembangunan Insan

Menyelesaikan Masalah Pembangunan Insan

123
SHARE

KOTA BHARU, 2 Jun: Masalah keruntuhan Moral yang berlalu saban hari di desa dan juga di kota melibatkan keruntuhan akhlak.

Kebimbangan ini telah disuarakan oleh wakil Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Siti Aisyah Ghazali dalam perbahasan ucapan dasar Presiden di Muktamar PAS ke-62.

Menurut beliaulagi, punca keruntuhan moral anak muda hari ini adalah disebabkan mereka tidak mengambil Islam sebagai cara hidup yang menyebabkan terjadinya lepincangan didalam masyarakat.

Justeru itu, DMPP mencadangkan kepada pimpinan PAS Pusat agar memperhebatkan peranan di semua aspek seperti:

1. Menitikberatkan Pendidikan agama sebagai perkara yang perlu diberi keutamaan seperti menubuhkan TASTI, Taman Asuhan Tunas Islam yang bertujuan untuk mendidik ana dengan acuan Islam secara sistematik semenjak diusia 2 tahun lagi.

2. Mewujudkan lajnah pembangunan keluarga di peringkat muslimat agar ianya jadi medium kearah pengurusan keluarga dan kebaikan yang berkesan.

3. Pemerkasaan tempat Pendidikan dari sudut rohani kepada pelajar Sekolah terutamanya agar masalah sosial dapat dibendung di peringkat Awal seterusnya di peringkat universiti pula insyaallah.

Selain itu, masalah perkahwinan yang terjadi tanpa landasan dan panduan Islam akhirnya akan menyebabkan berlakunya penceraian, hingga terjadinya masalah kepada anak seperti masalah anak luar nikah dan anak terbiar.

Oleh itu, Jalan penyelesaiannya mestilah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.