Home Muktamar PAS Ke 63 Mesyuarat Agung PAS Cawangan Mula Berjalan

Mesyuarat Agung PAS Cawangan Mula Berjalan

421
SHARE

KUALA LUMPUR: Seperti arahan yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat menetapkan tempoh pelaksanaan Mesyuarat Agung bermula dari 6 Januari sehingga 14 Februari sekitar empat puluh hari.

Justeru beberapa kawasan telah mula mengadakan perasmian serentak Mesyuarat Agung Kawasan antaranya PAS Kawasan Ipoh Barat , PAS Kawasan Parit Buntar, PAS Kawasan Bayan Baru dan PAS Kawasan Tanjung Malim.

Satu cawangan di Bandar Tun Razak KL adakan MAT hari pagi ini.

Fungsi dan peranan Mesyuarat Agung Cawangan adalah antaranya membawa suara ahli di peringkat bawahan untuk dibawa ke peringkat pimpinan tertinggi bahkan menaik taraf sistem pengurusan gerak kerja dalam persediaan menuju Muktamar Tahunan PAS pada April akan datang.

Kekuatan PAS di peringkat kawasan bergantung kepada komitmen ahli serta kerjasama menggembeling tenaga melaksanakan usaha-usaha PAS dengan penganjuran aktiviti bersama masyarakat tempatan.

Tempoh yang ditetapkan tersebut bagi memudahkan perjalanan persediaan untuk semakan ahli serta menilai tahap kekuatan pendokong PAS peringkat akar umbi.

8 Januari 2017

@CPPnews