Home Muktamar62 Mesyuarat agung Putatan fokus lahirkan anak sulung

Mesyuarat agung Putatan fokus lahirkan anak sulung

169
SHARE

MESYUARAT Agung PAS Putatan kali ke-17 fokus mempersiap gerak kerja melahirkan anak sulung PAS di Sabah. Semua ahli diseru untuk menjadi ‘duta PAS’ kepada masyarakat dengan pendekatan politik matang dan sejahtera.

Pada PRU-13, PAS meletakkan calon di DUN Tanjung Aru dan memperolehi undi kedua terbanyak dalam pertandingan tiga penjuru. Turun mendekati rakyat, merasai sendiri denyut nadi marhaen menjadi fokus utama PAS Putatan tanpa mengira waktu.

Mesyuarat agung yang diadakan di Hotel Yaho Kota Kinabalu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary, dihadiri lebih 100 orang perwakilan dan pemerhati. Barisan kepemimpinan yang baharu dipilih diharap terus bergerak dan tidak putus bekerja untuk merealisasikan kelahiran anak sulung PAS di Sabah. – HARAKAHDAILY 21/3/2017