Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Ulamak Model Islam Dalam Kemelut Melanda Negera

Model Islam Dalam Kemelut Melanda Negera

1
0
SHARE

MODEL ISLAM DALAM KEMELUT MELANDA NEGARA

Oleh: Asyraf Hanif

Kuala Terengganu, 14 Sept – Rakyat Malaysia tetap perlu membayar cukai walaupun bertukarnya kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) dengan dilaksanakan SST yang menggantikan GST.

Ketua Dewan Ulamak PAS, Tuan Guru Dato’ Dr. Mahfudz Mohamad menganggap perlaksanaan SST ini memberikan kesan yang sama dengan perlaksanaan GST dimana rakyat yang dibebankan.

“Kini Kerajaan Pakatan Harapan (PH) walaupun telah menurunkan kadar GST pada paras sifar, namun digantikan dengan SST yang sebenarnya, kesannya tetap sama iaitu rakyat yang dibeban dengan tanggungan tersebut.” Katanya.

Beliau juga menegaskan, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengambil pendekatan berbeza dengan PH dengan menawarkan cukai Islam yang hanya dikenakan kepada golongan kaya sahaja.

“Berbeza dengan PAS yang menawarkan cukai dalam Islam yang dilaksanakan ke atas golongan kaya apabila cukup haul dan nisab berdasarkan kerangka model zakat.

“Ini kerana asas yang diletakkan ialah harta kekayaan tidak berlegar dalam kalangan kroni orang kaya dan diambil dari orang kaya sahaja serta diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here