Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat “Montaj Muktamar DMPM World Class” – Ustaz Mokhtar Senik

“Montaj Muktamar DMPM World Class” – Ustaz Mokhtar Senik

158
SHARE

“Montaj Muktamar DMPM World Class” – Ustaz Mokhtar Senik

Oleh: Asmaa Yusof

KUANTAN, 16 Jun – “Saya dengar komen dari ramai teman-teman lain, persembahan montaj yang dibuat oleh DMPM memang world class!” demikian ucap Pemerhati PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik.

Ustaz Mokhtar dalam ucapannya merakamkan tahniah kepada petugas IT DMPM yang berjaya memukau sidang Muktamar dengan persembahan montaj yang terbaik.

Memetik sumber media sosial beliau, Ustaz Mokhtar turut merakamkan tahniah menerusi laman Facebook hari ini.

“Tahniah diucapkan kepada DMPM yg telah berjaya bermuktamar dengan cemerlang.

“Perkara yang paling menonjol kecemerlangan muslimat kali ini ialah persembanhan montaj dan presentation yang sangat menarik. Tahniah unit IT DMPM.

“Perkara yang kedua saya perhatikan ialah hampir 80 peratus perwakilan adalah orang-orang muda.

“Membuktikan DMPM telah memainkan peranan yg berkesan ke arah memaut para Muslimat bermula di IPT dan IPTS serta institusi pendidikan lain untuk bersama PAS,” kata beliau.

Ustaz Mokhtar Senik dijemput berucap selaku Pemerhati PAS Pusat di Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kali ke-59, berlangsung di Bukit Gambang semalam.