Home Muktamar61 Artikel MP PAS perlu bawa isu alam sekitar ke Parlimen

MP PAS perlu bawa isu alam sekitar ke Parlimen

123
SHARE

KUALA SELANGOR: Zulkifli Omar, Pengerusi Lan\jnah Alam Sekitar merakamkan ucapan terima kasih diatas kepercayaan melantik beliau sebagai Pengerusi Lajnah Alam Sekitar.

Katanya, “Saya ingin mengucapan terima kasih kepada pimpinan pusat yang telah beri kepercayaan kepada saya selama 2 penggal.

Beliau berkata, melalui alam sekitar kita dapat mendekati orang awam.

“Isu alam sekitar adalah isu sejagat. Rakan-rakan kita diluar terdedah dengan isu alam sekitar, Rata-rata mengeluh dengan global warming. Apakah sumbangan kita untuk alam sekitar.”

Beliau menyebut lagi, di dalam ayat Al-Quran, Allah telah menyebut kerosakan-kerosakan di muka bumi ini adalah disebabkan oleh tangan manusia.

“Soal kesedaran alam sekitar perlu diberi perhatian oleh kita.

“Banyak aktiviti lajnah melibatkan orang bukan islam yang lebih terdedah dengan isu alam sekitar, katanya lagi.

Katanya lagi, Lajnah Alam Sekitar telah turun ke Cameron Highland setahun lalu, dan dengan melihat aktiviti-aktiviti yang dijalankan, dijangka akan berlaku bencana.

“Kami telah turun ke Cameron Highland dan melihat akan berlaku satu bencana besar hasil penerokaan. Setahun selepas itu memang benar-benar berlaku.

“Allah menyuruh kita menjaga alam sekitar. Alam sekitar paling hampir dengan kita kata beliau lagi.

Menurut beliau lagi, melalui lajnah alam sekitar, kita boleh luaskan dakwah.

“Dakwah kita luas, kita boleh sampaikan berkenaan alam sekitar.

Mengambil contoh PRK Rompin baru-baru ini, menurut beliau, kawasan yang terganggu alam sekitarnya telah mempengaruhi kekalahan Barisan Nasional.

“Di Rompin ada banyak isu alam sekitar. Bila kita pergi ke Pulau Tioman ada isu alam sekitar di sana.”

Beliau berharap isu alam sekitar dibawa juga ke dalam Parlimen.

“Saya berharap supaya isu-isu alam sekitar di bawa ke Parlimen. Hanya ahli DAP yang bercakap tentang isu alam sekitar di Parlimen. Hari ini, saya hendak dikalangan ahli Parlimen ambil bahagian tentang isu alam sekitar.

Menyentuh tentang musibah banjir di Kelantan baru-baru ini, beliau berkata, Kelantan telah berjaya menanganinya dengan baik. Namun beliau mencadangkan agar kerajaan negeri mengambil penasihat alam sekitar.

“Kerajaan negeri dicadangkan melantik penasihat untuk menjaga alam sekitar supaya tidak berlaku musibah besar.

Beliau turut mencadangkan kepada kepimpinan akan datang agar menyentuh masalah sampah.

Menurut beliau, “Masalah sampah adalah masalah yang besar. Kita berhajat buat meja bulat tentang masalah sampah supaya negara kita membangun dan bersih.

Beliau mengambil contoh Jerman, walaupun negara Jerman negara maju, namun air sungainya masih boleh diminum.

“Air sungai Jerman boleh minum tapi air sungai kita tidak boleh. Walaupun mereka maju tetapi alam sekitar mereka tetap maju.”

Terakhirnya beliau berpesan supaya pimpinan yang akan naik memimpin Lajnah Alam Sekitar agar menjaga hubungan alam sekitar yang telah terbina oleh Lajnah Alam Sekitar sebelum ini.

“Kita ada hubungan dalam negara dan luar negara. Kita jemput siapa yang berminat untuk turut serta bersama memberi sumbangan fikiran dan tenaga.”