Home Muktamar62 Artikel Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia Kali Ke 56 Bermula

Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia Kali Ke 56 Bermula

578
SHARE

KOTA BAHARU, 31 Mei – Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kali ke-56 telah bermula pada jam 8.35 malam dengan alunan Asma ul Husna, Lagu Negaraku dan Lagu Rasmi PAS diikuti alunan bacaan Al-Quran. Muktamar yang berlangsung di Dewan Jubli Perak MPKB Kota Bharu ini telah dihadiri lebih dari 700 orang perwakilan dari pelbagai kawasan seluruh Malaysia.

Pengarah Panatia Muktamar, Puan Kartini Ahmad merangkap setiausaha DMPM telah merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh petugas parti yang sanggup hadir ke Kelantan bagi menjayakan muktamar DMPM.

“Saya mewakili Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan bebanyak terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan muktamar DMPM kali ke 56 ini. Kehadiran ke Kelantan pada kali ini amat bermakna dan semoga Allah membalasnya dengan kebaikan”.

Beliau turut memberi semangat kepada petugas parti untuk terus mara berjuang dalam pilihanraya.

“Kita baru sahaja melalui Pilihanraya Negeri Sarawak. Akan datang adalah PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Saya menyeru semua jentera parti terus istiqamah dan komited untuk perjuangan Islam”.

Muktamar DMPM telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Haji Mohd Amar Haji Abdullah, Naib Presiden PAS merangkap Timbalan Menteri Besar Kelantan.