Home Muktamar62 Artikel Muktamar diteruskan sebelah malam, perwakilan setia dan ceria

Muktamar diteruskan sebelah malam, perwakilan setia dan ceria

111
SHARE

KOTA BHARU: Muktamar PAS Kali ke-62 ini dilihat berjalan dengan agak istimewa sedikit berbanding muktamar tahun-tahun yang sudah, dengan tema pakaian yang menghiasi majlis tahunan ini.

Tahun ini perwakilan diarahkan berpakaian hijau sedondon, ditambahi lagi ia dibuat di negeri yang diperintah PAS yang mendapat jolokan “Serambi Mekah.”

Siang tadi para perwakilan dan pemerhati dijamu dengan sesi ucapan terima kasih dan perbahasan ucapan dasar Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Muktamar kali ini juga dihiasi pelbagai celoteh dari Timbalan Pengerusi Ustaz Kamal Ashaari dan para perwakilan negeri yang ditugaskan untuk membahaskan ucapan dasar tersebut.

Ada sesi yang agak tegang, ada ucapan yang santai tapi penuh dengan nasihat, lawak diselitkan bagi menyegarkan mata para hadirin.

Perwakilan dan hadirin rata-rata dilihat ceria terus mengikuti perbahasan.

Ada beberapa perbahasan yang menyentuh soal pendidikan agama, tidak kurang juga yang menyentuh tentang pentingnya berpegang pada prinsip perjuangan dan sebagainya.

Paling mencuri perhatian apabila Dr. Balachandran Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) bercakap tentang taqwa dalam perjuangan. Beliau juga bercakap soal istiqamah dalam perjuangan serta sokongan dan dokongan yang padu khasnya dari DHPP.

Majlis diserikan juga dengan pantun-pantun para perwakilan yang terdiri dari pelbagai bahasa etnik yang mencuit hati hadirin.

Muktamar kali ini diteruskan selepas Isyak dan dijadual berakhir sebelum solat Jumaat esok.